Thursday, November 30, 2006
cicak man
yaa... hari sabtu ni nak bawa anak aku pegi tengok movie..CICAKMAN...mesti seronok...antara aktiviti yang sering kami lakukan selain dari ke playground ialah swiming dan menonton movie..
berbeza dengan life aku masa kecil...sekarang dah urban..kehidupan masyarakat urban berbeza..
kalau aku aku suka layan movie, jamming, tgk bola, life band, karaoke..selain dari melahu kat Central Market dan Arts Gallery..
tapi dengan bebudak tak boleh ..kena ikut kesesuaian umur..tengok movie pun yang sesuai jugak..kita pun kena la layan..CICAKMAN pun jadi laa..
Wednesday, November 29, 2006
seronoknya jadi ayah..
gambar ni adalah basikal baru aiman..hakim pun aku belikan ..sebagai hadiah susah payah mereka berpuasa penuh sebulan..aku seronok..biar mereka tahu orang yang berpuasa akan dapat dua kegembiraan..pertama semasa berbuka..kedua semasa disyurga..ini baru gembira dapat basikal baru..belum disyurga lagi..
bestnya jadi ayah..ayah yang best..
aku akan kuar menjadi rama-rama yang indah
sepak je semua masalah yang datang..untuk menceritakan semua masalah hidup dalam blog adalah sesuatu yang tidak elok..bila aku baca balik aku pun kutuk diri aku..hidup memanglah penuh dengan masalah..orang yang hebat adalah orang yang cepat menyelesaikan masalah..
dalam perlawanan silat contohnya..kita tak boleh tumpukan cara untuk menangkis serangan musuh..tapi yang penting untuk mengasak musuh dengan serangan yang tak tertangkis..menambah pressure dan asakan..biar musuh rasa tertekan..kalau takut kena belasah tak payah bertanding..aku penah lawan Juara Dunia..Azhar Ahmad..(tanya ayu dia tengok fight tu)..hampir-hampir dia tewas..dah tua ni pun aku tak takut lawan bebudak muda..aku tak takut..kenapa perlu takut pada kehidupan?..waaarrgghhh..live as a metallian.... ride the tiger..
inilah pendekatan yang perlu aku ambil untuk menempuh perjalanan hidup..agar semua tindakan aku akan menambah faedah dan keuntungan dalam keluarga aku..
tona nak berenti tu perkara kecil..dulu aku pernah lebih susah lagi.. aku pernah berulang dari Melaka ke Shah Alam, untuk study..pas tu Tanjung malim ke Shah Alam sampai eksiden kat High way..duit takde hujung bulan tu biasa sangat dah....aku tak nak fikir sangat..i have to push my self harder.. tak boleh selesa sangat..
ada satu job besar untuk UITM ..aku punya own project..kena confirmkan cepat..payment dapat ke tidak belakang cerita..atleast aku dah cuba..dan kerja di Putrajaya pun kena fokus..senang naik pangkat..gaji kalau dah besar tak payah susah - susah cari job luar.. habiskan study buat master..sikit je lagi..tu fokus aku..
bila semuanya selesai aku akan terbang ..umpama ulat dalam kepompong..akan keluar terbang menjadi rama-rama yang indah..
Tuesday, November 28, 2006
pening
hari ini aku pening memikirkan beberapa perkara yang berlaku..Tona orang gaji aku nak berenti..
aku tak sangka begitu besarnya implikasi pembantu rumah selama ini..antara keputusan yang agak drastik perlu aku ambil ialah meminta isteriku berhenti kerja kerana tak sanggup biarkan anak aku yang dah besar tu tinggal di taska..sesi persekolahan (pagi dan petang) yang berbeza tidak membenarkan anak aku tinggal di rumah..
setakat ini jalan terbaik adalah meminta isteriku berhenti kerja..dan menggunakan sebuah kereta sahaja..itu sahaja jalan jika aku ingin mengekalkan kebahagiaan anak-anak aku..
ketika ini keputusan masih belum muktamad..kerana aku masih lagi berfikir...
sampai begitu sekali kesan pembantu rumah dalam rumah ku
aku tak sangka begitu besarnya implikasi pembantu rumah selama ini..antara keputusan yang agak drastik perlu aku ambil ialah meminta isteriku berhenti kerja kerana tak sanggup biarkan anak aku yang dah besar tu tinggal di taska..sesi persekolahan (pagi dan petang) yang berbeza tidak membenarkan anak aku tinggal di rumah..
setakat ini jalan terbaik adalah meminta isteriku berhenti kerja..dan menggunakan sebuah kereta sahaja..itu sahaja jalan jika aku ingin mengekalkan kebahagiaan anak-anak aku..
ketika ini keputusan masih belum muktamad..kerana aku masih lagi berfikir...
sampai begitu sekali kesan pembantu rumah dalam rumah ku
Monday, November 27, 2006
makan punya cerita
satu anugerah tuhan yang paling ajaib ialah makan..makan bro....kekadang kita rasa makanan tu sedap gila..kekadang kita rasa takde hati nak makan..
dalam Interior Design, mood and ambiance menyumbang kepada selera kita untuk makan..tapi aku penah ikut kawan aku makan kat NASI LONGKANG...sedap gila mamak tu masak nasi kandar..tapi kereta sorong dia park kat tepi longkang..dan aku pun makan duduk kat tepi longkang....
sekarang ni aku tengah berpantang selama 4 tahun..aku tidak akan makan nasi selama 4 tahun..ini adalah kerana 3 hari lepas aku ada jumpa gambar aku masa study diploma..malam tu aku dah mimpi yang kalau aku nak jadi camtu balik aku kena berpantang selama 4 tahun..
so korang akan terperanjat bila jumpa aku pada 4 tahun akan datang..
I was a Napolean
masa kecil adalah masa yang penuh kegembiraan, khayalan dan harapan...aku tak tau yang aku akan jadi arkitek bila besar..sebab masa kecil aku nak jadi pegawai tentera ...
aku sering ditinggalkan bersendirian semasa kecil..aku adalah strategis..masa kecil aku selalu bermain dengan lidi..atau pen..yang aku bayangkan sebagai tentera..(masa tu nak beli toys susah tak macam sekarang)..dan setiap pasukan tu ada seorang hero..setiap batang pen atau lidi ada karakternya tersendiri..mak aku selalu bising pen dia hilang..
aku juga selalu memotong kad untuk dijadikan team bola sepak..kad tu berwarna warni mengikut jersi pasukan..ada banyak pasukan..dua team aku yang handal adalah 'KILLER BEES' ( belang hitam kuning) dan 'HONKY TONK TEAM' (hijau floresence)..aku berkhayal main sesorang..kekadang team bola tu boleh bertukar jadi team komando..berperang..hehehe..gilo..
mungkin sepatutnya aku ni masuk askar..tapi mak aku tak bagi..kalau tak aku dah memimpin pasukan tentera..cam Napolean..
hehe..apa pun, aku ingat lagi zaman kecil aku..
Wednesday, November 22, 2006
Monday, November 20, 2006
malunya aku..
HUAAHHAHAHAHAHAHAHA...korang penah tak terkena situasi camni...hahahaha...aku penah la sekali..masa aku di Melaka..punya la tak perasan..aku pi bayar bil air..tengok orang tersipu-sipu kat aku..agaknya sebab dressing aku yang stylo..aku memang selalu perasan stylo..pastu aku masuk opis untuk kerja semua orang gelak sakan..baru la aku tau..ya allah..padan la..suar aku koyak kat kelengkang...besar pulak tu..malu nya....itulah saat yang paling memalukan dalam hidup aku..
Sunday, November 19, 2006
pinjam wajah mu
kemana jua aku mengarah
pandanganku menggambar wajah mu
oh kasih ku dilangit tinggi
dilautan kau sedang menari
biarpun aku memejam mata
pandangan masih menggambar wajahmu
berseri dicermin hati
ditaman impian ku mimpikan
kasih wajah kau kujadikan azimat penguat semangat
bisaku gagahi cabaran yang datang
kasih kuharap kau sudi maafkan aku yang meminjam
wajahmu mengisi kekosongan hati
diriku yang semakin tenggelam
kedasar sepi yang tak bertepi
diriku yang semakin tenggelam
kedasar cinta yang tak bertepi
biarpun aku memejam mata
pandangan masih menggambar wajahmu
berseri dicermin hati
ditaman impian ku mimpikan
kasih wajah kau kujadikan penyuluh
ketika malam gelap menyelimuti
kembaraku menjejak bahgia
dengan bayang malam ditindih malam
mengerah ke titik akhir ketulusan ku
diriku yang semakin tenggelam
kedasar sepi yang tak bertepi
diriku yang semakin tenggelam
kedasar cinta yang tak bertepi
kasih ku pinjam wajah mu
Tuesday, November 14, 2006
hari ini hari bahagia
penuh dengan senyuman
dan air mata gembira
kepuasan dan kesyukuran
hari ini hari bahagia
semalam
perit telah kita rasa
kerana semalam
semangat dan usaha
yang kita bina
hari ini hari bahagia
esok
kita belum tahu
adakah sepuluh tahun lagi
adakah dua puluh tahun lagi
kita akan jumpa hari sebegini
mari kita
rasa peritnya semula
bina semangat dan usaha
semula
dihari ini hari bahagia
Monday, November 13, 2006
go to the extreme
nampak tak gambar tu...dasat kan...tu lah aku...aku yang dasat....hehehe....masa tu aku botakkan kepala untuk biar aku rasa cambest...power dan extra ordinary....aku selalu kata aku extraordinary..manusia luarbiasa....rasanya macam betul je...cuba kita lihat manusia extra ordinary lain...Hitler...Da Vinci...Picasso...Antonio Goudi..Bruce Lee..Kitaro...dan aku kenal sorang...Cik Jak (sorang lecturer aku yang very philosophical)....apa yang buat mereka extra ordinary?.....mereka semua go to the extreme...yehhhh!!!..aku pun sama ..kita kena jadi maniac..baru ada impact...kalau play save je kita tak kemana...betul tak...macam betl je...
Friday, November 10, 2006
putera ku
hidup memang tak boleh lari dgn anak-anak ku..terutama putera kebanggaan ku bertiga..aiman yang pakar komputer...hakim yang mascular...imran yang manja....
memang aku selalu memerhatikan perkembangan anak-anak ku...mereka selalu mengikuti perlakuan aku...cara berpakaian..aktiviti...pernah sekali tu kami lukis bersama-sama...painting tu kami hadiahkan pada taska mereka...
imran
aku dan imran...nama penuh karisma...manjanya dia sekarang....nak tidur sama tiap-tiap malam...tahun depan nak sekolah tadika dah...tapi dia dah biasa kot...
dia anak yang comel dan ligat..bila kehadiran maisara imran jadi terpinggir...bila aku rapat semula baru tahu yang best juga bermanja dengan imran..
gigi dia rongak sebab terjatuh masa di
rumah Nyai..pengasuh aku semasa di Sepang..sejak itu aku begitu berhati-hati untuk membenarkan sesiapa menjaga imran...
dari karakter imran aku rasa dia akan menjadi seorang yang kreatif dan aktif...seronok ikut aku solat...mudah belajar (belajar main game)..tapi suka bergantung pada orang lain..
aku harap imran akan menjadi lelaki yang hebat, kreatif dan beriman bila besar nanti..
Thursday, November 09, 2006
setapak dalam hidup ku
seronok kali pertama aku dapat semayang kat mesjid putrajaya...bkn seronok apa..kat luar ada souk..tempat makan..best..mahal sket la..semayang kat mesjid tu mcm tak cool je..napa..balik cari kereta aku x jumpa plak...cemana tah...boleh tak jumpa...aku nampak la sorang karkun otai masa semayang tu..memang bercahaya la....suka aku tengok...
sekarang aku mula dihimpit oleh para supplier dan kontraktor...tapi aku bukan ada power nak bagi korang projek..tapi aku kesian gak dgn kontraktor Melayu...kesian pun dia orang pakai Mers...
entah aku cuba la menepis pelbagai dugaan ini..ingat yang rezeki tu tuhan yang beri..dan kita boleh diuji dengan kesenangan...
apa pun aku seronok malam tadi imran berjemaah solat isyak tanpa memain seperti biasa..