Monday, November 27, 2006

I was a Napolean


masa kecil adalah masa yang penuh kegembiraan, khayalan dan harapan...aku tak tau yang aku akan jadi arkitek bila besar..sebab masa kecil aku nak jadi pegawai tentera ...

aku sering ditinggalkan bersendirian semasa kecil..aku adalah strategis..masa kecil aku selalu bermain dengan lidi..atau pen..yang aku bayangkan sebagai tentera..(masa tu nak beli toys susah tak macam sekarang)..dan setiap pasukan tu ada seorang hero..setiap batang pen atau lidi ada karakternya tersendiri..mak aku selalu bising pen dia hilang..

aku juga selalu memotong kad untuk dijadikan team bola sepak..kad tu berwarna warni mengikut jersi pasukan..ada banyak pasukan..dua team aku yang handal adalah 'KILLER BEES' ( belang hitam kuning) dan 'HONKY TONK TEAM' (hijau floresence)..aku berkhayal main sesorang..kekadang team bola tu boleh bertukar jadi team komando..berperang..hehehe..gilo..

mungkin sepatutnya aku ni masuk askar..tapi mak aku tak bagi..kalau tak aku dah memimpin pasukan tentera..cam Napolean..

hehe..apa pun, aku ingat lagi zaman kecil aku..

2 Comments:

Blogger HLiza said...

Along ingat..along yg selalu buang kertas-kertas bola tu sebab angah tak reti kemas lemas main..

1:03 AM  
Blogger oldrockers said...

main bola kertas tu standard...budak-budak satu malaya tau...dulu-dulu le, skrg tak tahu le!! main PS aje..

3:31 AM  

Post a Comment

<< Home