nik rashidin tukang kayu
kepada para arkitek atau penggiat seni halus dan seni ukiran lulusan tempatan pasti kenal arwah nik rashidin..seorang tukang kayu...
aku menemui arwah nik rashidin kali terakhir pada tahun 1994..di kelantan..dirumah beliau dimana terdapat galeri yang mempamerkan hasil pelbagai keris ukiran beliau..aku juga ada membelek lakaran yang dibuat atas kertas sebelum mengukir..beliau membuat sketches dulu..dan aku rasa kalau sekarang sketches beliau dijual entah berapa ribu harganya..
aku ada bertanya berapa harga ukiran beliau..'seni itu tidak boleh diletakkan harga'.. kata beliau..
bila aku giat melukis baru aku tahu maksud itu..
...beliau adalah aktivis seni ukiran kayu yang tiada tolok bandingnya..bagi inilah melayu luar biasa yang dicari-cari..beliau berjuang untuk seni ..seni bangsanya yang kian luput..
beliau juga adalah pelopor kepada penubuhan Kandis Resource Centre..badan yang mengumpulkan hasil ukiran silam yang mempunyai nilai astatik yang tinggi..
inilah seorang anak melayu yang kuat menyanjungi identiti bangsa..berjuang untuk seni bangsa..yang mempunyai motif perjalanan seni yang jelas...
0 Comments:
Post a Comment
<< Home