art talk with rusminz
bertemu dengan Rusminz semalam...so apa lagi..artalks la..dia ada studio di the place..dekat dengan the curve..(tempat aku selalu layan movie)..
Rusminz is a great artist..medianya adalah oil paint..
seperti biasa persoalan yang sering dibicarakan..bagaimana kami boleh menjual artwork..
tiba dirumah aku termenung jauh..ternampak sebuah buku... Leornado Da Vinci..An Extraordinary Artist..
Leornado da Vinci tidak sibuk menjual artwork..beliau berkerja mengikut naluri..dihujung usia beliau baru mendapat perhormatan dari golongan Istana..yang membawa beliau kepada kemasyuran..
so..aku tidak dapat menjawab persoalan market untuk artworks..harga sebuah hasil seni..survival dan direction of an ilustrator...
tetapi aku rasa artwork tidak harus dilihat sebagai artwork..ia harus dibahaskan..dihebahkan..dan mempunyai komuniti sendiri..
kita ada banyak ruang lagi..dan masalah harga sebuah lukisan bukan isu utama..yang penting adalah harga diri pengkarya seni itu..
so ada baiknya kita berfikir untuk mengangkat harga pelukis dari harga sebuah lukisan..
and Rusminz..sorry kalau nama u ada kat blog ni..lets fight for arts
4 Comments:
This comment has been removed by a blog administrator.
aku menyibuk lagi bro, sori!!..anda seorang interior designer..mungkin kau terperangkap dengan kerja kau sekarang....ramai insan seni salah memilih hala tuju dalam hidup..ramai pelukis memilih bidang senibina..kerana disitu mereka menyangka mereka boleh berkarya dan mencipta (pendapatan lumayan juga satu tarikan)..tetapi ramai sahabat aku dalam bidang architecture..berpatah balik pada asal mereka..ramai yang menjadi pelukis dan pereka grafik..kerana itu adalah mereka yang sebenar..insan seni lahir secara semulajadi (pendidikan hanya memberi ilmu)..dan insan seni sering melihat kehidupan dari sudut yang berbeza..orang biasa hanya melihat dinding batu adalah tembok..tapi insan seni sering melihat apa yang ada dalam dinding tersebut..dan pandangan mereka sering menjangkaui lebih jauh dari tembok batu itu..tapi anda perlu teruskan kerja anda sebagai inerior designer kerana ada perut-perut yang perlu diisi dan badan-badan yang mesti disaluti..itu wajib...tapi andai anda masih terus melukis walau dalam kepayahan tersebut..bermakna anda masih seorang insan seni dan anda tidak perlu orang lain untuk memberitahu anda siapa anda sebenar ...dan seni akan terus hidup..seni akan menang...
lukisan boleh jual tak boleh jual itu soal kedua..yang penting terus melukis..
p/s..sori panjang pulak komen..
Teruskan berkarya.
oldrockers ni memang memahami lah...
Post a Comment
<< Home