Monday, September 04, 2006

i do all 4....

my life devided into 4...

interior architecture

aku terjebak kedalam dunia senibina dan rekabentuk dalaman kerana kelulusan dan wang ringgit..tetapi itulah seni aku terarah...melaluinya aku melihat perspektif seni yang lebih luas...aku betul all out dalam bidang ini..aku telah pergi ke tahap tertinggi...hari ini aku berada dikalangan pereka-pereka profesional...



fine arts

ini adalah roh aku ..dari aku kecil..aku tidak dapat hidup sehari kalau tidak melukis...aku masih lagi berjalan..bertatih..buat artwork..kenal dgn beberapa pelukis tanah air..yg aku tahu kehidupan mereka x begitu hebat..kebanyakan hidup dgn pendapatan lain..Jai..Fauzul..Rusmin..Reza Pyadasa..Yusuf Ghani..Raja Azhar..

aku cuba melalui jalan mereka..melukis dan join exhibition...aku x cari duit dengan lukisan..tetapi lukisan aku dibayar dengan ketenangan, kenangan dan kepuasan

aku rasa lebih dekat dalam komuniti yang istimewa ini..org pelik ini..aku katakan mereka manusia luarbiasa..aku x peduli apa orang lain kata.. seperti melukis dalam hutan..unggas dan monyet bising..tapi kita tetap melukis


silat

silat telah mengalir dalam darah aku sejak aku kecil..jangan tanya bagaimana..ia dah ada sejak aku kecil..bukan setakat kampungan..aku dah berguru dengan hampir lapan guru..rasanya lebih..aku dah melalui berbagai pertandingan..kejuaraan..dan dibenarkan mengajar..

tetapi aku kembali kepada silat untuk diri aku ...sebagai zen aku sendiri..

rock

aku dibesarkan semasa budaya muzik ini berkembang..tak boleh ditolak kerana ayah ku juga seorang penyanyi..dan zaman aku zaman rock..

beberapa bulan yg lalu aku berjumpa kembali band aku masa remaja..so jamming telah menjadi aktiviti bulanan kami..dan kami giat berlatih untuk ROCK UNITE next year...sorry kami bukan kutu..band aku terdiri dari bank manager, interior architect, engineer dan gevernment officer..

i'm not the jack of all trades...i know its too many...but i cant drop any of them..but i'm doin all those thing my own way.. apa pun yang aku buat aku akan push allthe way beyond the limit..

4 Comments:

Blogger oldrockers said...

rock unite tu kat mana?..nak jugak pi tengok

6:34 AM  
Blogger HLiza said...

Hmm.. make surelah buat betul2. Jgn bagi malu sedara tau.

6:12 PM  
Blogger abe jol said...

laaa..kata rockers, ke oldrokers ni rocker pencen..rock unite kat queenspark cheras..tahun ni punya dah final dah..member aku REBORN dapat masuk final..

miss HLIZA...kat KL ni la boleh buat btul2..nampak x developement..kalau kat Melaka tu jadi hero kampung je

11:54 PM  
Blogger oldrockers said...

wahwahawaha..poskod gua lain dari lu babe..mana tau benda luar daerah..anyway tq for infomation

3:33 AM  

Post a Comment

<< Home