Sunday, October 15, 2006

hari raya dan ibu


ibu yang aku kenal adalah umpama seorang bidadari...yang selalu berusaha untuk menggembirakan orang lain...walaupun dia perlu berkorban..

terlalu banyak untuk aku ceritakan tentang pegorbanan ibu..aku tak dapat melupakan bau badan ibu walau kemana aku pergi...mungkin kerana akulah anaknya yang paling manja...dan aku selalu perasan betapa ibu bangga dengan kehadiran ku..
cuma biarlah aku fokuskan pada hari raya...

hari raya bersama ibu memang perit untuk orang malas..kerana ibu selalu berjaga untuk menyiapkan juadah..aku kalau bab kuih selalu jadi tukang sapu telur dan tukang try....

malam raya aku akan tolong ibu buat dan masak ketupat..dari hidup api sehinggalah gantung bila dah masak...

ibu akan pastikan makanan mencukupi..memang banyak ibu masak..sebab ibu suka menjamu tetamu..all out..yang penting tetamu blh makan sepuas-puasnya..

biasanya waktu cium tangan dipagi raya ibu yang paling best..sebab aku lupa aku ni dah tua..aku akan cium macam budak-budak...ambik bau ibu..

raya kali ini ibu berbuka sendirian..itu yang menyedihkan aku..bila raya nanti pulak turn rumah in law aku..tapi aku balik Melaka awal..untuk bersama ibu dan adik-adik..

kemudian aku ke Johor...aku akan pastikan dapat membeli sesuatu untuk ibu....dan raya ni aku akan tinggalkan maid aku Fatonah untuk bantu ibu melayan tetamu...

apa pun aku waktu ini tertunggu -tunggu masakan ibu..tak sabar rasanya..harap ibu sabar menanti kepulangan anak mu yang manja ini..

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

boleh blah lahhhhhhhh.Bukan angah ke yg slalu komplen dan gelakkan kitaorang sebab kena tolong ibu masa angah dah kawin..angah rasa macam dapat lepaskan diri dari ibu.

10:43 PM  

Post a Comment

<< Home