Wednesday, October 11, 2006

aku faham tu


darah sufi....aku dari kecil diberitahu oleh abah yang kita ni keturunan kekasih Allah...aku ingat tu...aku faham kerana itu perjalanan hidup aku beberapa kali di sapa oleh kehidupan sebegitu..

aku punya pengalaman bersama jemaah tabligh..hingga dikalangan mereka masih menganggap aku karkun (pekerja agama)..aku rapat dengan pengamal tarikat...aku punya guru tarikat..( peribadi..x bleh cerita)...aku tetap rock..kerana itu jasad ku..karaktor dan imej..

aku minat membaca tentang sufisme..buku yg menyentuh hati aku adalah kisah 99 kekasih Allah yang aku baca hingga lunyai..

TESIS aku untuk degree bertajuk SUFISM in INTERIOR SPACES..

waktu malam menjadi sesuatu yang istimewa..itu pun kalau dipilih..menyendiri memberi ilham yang banyak..dan diam itu hikmah.. lihat dgn lihat yang sebenar..dengar dgn sebenar2 dengar..

diri perlu rasa hina...jauhkan bermegah..ingat diri ini kecil...lihat pada yang kurang..

dan aku faham waktu ini kenapa abah menyendiri...seperti kebiasaan ahli sufi dihujung usia...mereka berkelana..bersufi..darwish..membersihkan diri..

setiap yang melalui jalan ini akan diuji...dan akan merasa selesa dengan kepayahan dan kesederhanaan..akan rimas dengan kemewahan dan kesenangan..jangan salahkan abah dengan kehidupannya..

mungkin kerana itu aku menjadi manusia yang sensitif..peka pada alam..dan melihat kepada ruh sesuatu objek lebih dari jasad....mudah hiba..dan perlu lebih bersabar..manusia yang begitu seni..dan gemar menggembirakan orang lain..biarlah aku menangis sendiri..

manusia punya banyak kerenah..dan problem...kerana itulah kehidupan...

1 Comments:

Blogger oldrockers said...

merendah diri dan low profile adalah sebaik-baik cara hidup bro..harta-benda kita adalah keperluan bukan kemestiaan. bersendirian bukan bermakna lari atau sembunyi tetapi mencari...

roh juga memerlukan makanan (zikir)

3:44 AM  

Post a Comment

<< Home