tawaran dari seorang pekerja yang rajinnya mencapai tahap yang melampau
blog ini aku tulis pada hari ahad...pagi..ketika manager aku, assistant aku lepak kat rumah dan aku berada di ofis untuk menyiapkan kerja ..yang aku perlu present pada M.D esok..aku tak kesah..mungkin ibu selalu kata aku malas...tapi ibu tak perasan semasa SRP, SPM...waktu buat Diploma dan Degree aku biasa stay up....dan waktu kerja pun aku tak kesah balik lewat untuk siapkan tugasan...baru aku perasan...dasyat juga aku..bila aku tulis kat blogg ni...ada juga peminat aku yang baca betapa dasyat nya aku ni..mungkin aku ni layak dinaikkan pangkat menjadi Manager..
Nothingelse matter... kecuali jarak rumah aku agak jauh dari tempat kerja..setiap hari aku naik skuter Modenass Elite bergerak dari Sg Buloh ke Putrajaya..yang mengambil masa sejam..sempat lah aku practice lagu Keliru (Ramli Sarip) dan Delova (Once) 15 kali atas motor...naik keta pun best gak tapi kena melabur sehari RM 40...sayang gak tu...Sad But True..
Ada gak terpikir nak pindah tapi ..tak tau..sebab kena konsider apprentice aku yang bersekolah tu..aku selesa rumah sekarang dimana mereka boleh cycling ke sekolah dan suasana rumah yang menyenangkan...
kalau ikut my Beauty Queen dia prefer x pindah..tapi aku tau sangat pe'el dia yang takutkan perubahan..kalau ikut dia aku kena beli motor yang lebih besar..cepat sampai...tapi aku pernah ada sebuah ZZR 250...sekali repair RM 2000 terbang...eerrrr..tak sanggup..
nak pindah ke..tidak...??????
mungkin aku boleh minta pendapat dari para pembaca....
ANDA BOLEH MENGHANTAR JAWAPAN MELALUI SMS ATAU KOMEN DI BLOGGER..
PARA PEMENANG AKAN MENDAPAT HADIAH SET MAKANAN PERCUMA DIMANA-MANA DESTINASI YANG ANDA ZIARAH PADA HARI RAYA INI..(SEDIAKAN SAMPUL HIJAU)....BERSERTA PAKEJ PERCUTIAN PADA HARI RAYA PERTAMA DAN KEDUA KE KAMPUNG HALAMAN (SEDIAKAN WANG TOL SECUKUPNYA)...- jika anda tidak beraya di kampung hadiah ini boleh digunakan pada tahun berikutnya..SEBAGAI MENGHARGAI KOMITMEN ANDA PIHAK KAMI MENAMBAH HADIAH LAGI...ANAK-ANAK ANDA AKAN MENERIMA SUMBANGAN BAJU RAYA SERTA KASUT DARI JENAMA POPULAR ..YAAHHHOOO...(pastikan anda tidak melepaskan peluang keemasan ini kerana baju itu anda yang beli)
3 Comments:
pakej set makanan tu ada lemang ngan ketupat tak?..kalau ada nanti gua hantar komen...nak pegi top up jap..adios bro..
Lawak gila mamat ni...
Ooi apasal muka dalam gambar tu dah macam Mukhriz Mahathir ha?
If I were you.. tak pindah koy.. kata orang tujuh kali pindah papa. Malaslah asyik pindah aje.
orang rumah angah bukan takut perubahan, nak pindah bukan senang, lainlah kalau ramai orang tolong...tu je
Post a Comment
<< Home