Thursday, October 12, 2006

raya...raya


aku baca blogg brother oldrocker tu..ada la elemen sedih..so aku pun nak cerita la...pasal hari raya ni...disebalik kegembiraan ada terselit kesedihan...terutama pada perantau..bulan puasa sentiasa indah bagi aku...semasa aku belajar di Skudai...hari tu nk balik untuk sambut raya..aku menuggang motor honda rider ku..(yang aku beli pakai duit biasiswa campur sedikit aku pinjam dari awek aku..nasib baik kawin)...puasa..hujan lebat lagi...aku tak tahu napa..asal naik motor kat highway mesti hujan...menuju ke Melaka..tengah jalan waktu berbuka pun sampai..hentian jauh lagi..aku berenti kat bawah jambatan...cek dalam beg nasib baik ada maggie..aku berbuka sambil makan maggie mentah...peristiwa tu yang paling aku ingat...

saat yang paling best ialah sampai depan pintu rumah..tgk muka ibu..bestnya..rasa macam aku la hero..

kita bertuah dapat beraya dengan keluarga..anak kita, ada kita..ada baju raya..duit raya..

Lia wife aku..ayahnya meninggal semasa berusia 7 tahun..emaknya membesarkan anak 7 orang..dengan menoreh getah.... bagaimanalah hari raya ketika tu...

ibu..

sedih juga cerita ibu..nenek saniah meninggal ketika ibu kecil lagi..atuk kawin cerai lepas tu..entah berapa kali..rasanya macam banyak..so sebab itu ibu agak emosi orangnya...

tengok muka maid aku Fatonah pun aku sedih..beraya tanpa anak dan suami..tinggalkan jauh kat Indonesia..tapi memang tujuan dia nk bantu keluarga..dapatlah keluarga di Indonesia beraya hasil duit yang dikirimkan...

dan aku tak dapat mengelak dari teringat Kak Filzah..yang tidak dapat berkongsi abah untuk beraya..tak usah tanya...memang tak seronok untuk diingati...


raya kali ni macam tak berapa best...sebab kami tidak dapat berkumpul sekali..along di Ipoh tak balik...adik-adik aku mesti terasa berbeza beraya bila kakak abang dah kawin....tapi aku janji akan tetap belanja Ayu ikan bakar kat Umbai...dan ajak fikri layan game kat Cyber Cafe...

maybe aku dapat pergi tarawikh dengan abah dan Fikri..lepas tu balik mesjid lepak kat kedai kopi...abah pun pasti akan tanya macam mana kebun abah tu..sapa nak buat bila abah takde..

mungkin raya ni ada kejutan bila aku dapat jumpa...seorang rocker tua dari selatan..

apa pun raya tetap best...sekarang ni waktu menuggu duit gaji masuk..

4 Comments:

Blogger HLiza said...

Raya oh raya!

6:28 AM  
Anonymous Anonymous said...

Hai angah!

Terima kasih sebab ada secalit ingatan pada akak di hari raya! Bagi akak ketiadaan abah disisi ketika hari -hari raya yang akak lalui tidaklah sesedih dan sepedih pada satu-satunya hari pernikahan akak dulu, nampak tersenyum tapi hati didalam hanya Allah yang tahu...walau bagaimanapun itu takdir Allah, dah tertulis...biarlah yang lalu itu terus berlalu. Akak dah boleh menerimanya...sekarang dalam usia yg semakin meningkat ini diharap dapat disambungkan kembali tali silaturrahim dan persaudaraan kita..

Harap jangan terperanjat bila akak menjawab blog angah ni...raya nanti bila balik ke KL semula? Harap dapatlah kita berjumpa nanti...abg. Adan nak sangat jumpa Angah...o.k sampaikan salam akak pada keluarga di Melaka serta tak lupa pada Lia dan anak-anak Angah...

9:17 AM  
Blogger oldrockers said...

aaiik..awek gua dah komen cerita lu beb! gua memang plan nak jumpa lu...kita jamming ketupat sama-sama..tapi tak tahule raya yg keberapa..insyaAllah kalau ada rezeki..jumpa lu....

4:29 PM  
Anonymous Anonymous said...

raya..tak best

9:28 PM  

Post a Comment

<< Home