Sunday, October 29, 2006

kisah fatona

fatonah adalah maid yang berkerja di rumah ku..untuk menceritakan kisah kita memerlukan ruang yang panjang..dan sebenarnya aku sudah lama untuk menulis tentang dia..

aku melihat dia dengan berbagai perasaan...sedih..mengenang perjalanan hidupnya...pengorbanannya..serba salah..kerana takut dia tak gembira dengan suasana rumah ku, apalagi anak-anak ku yang nakal..sakit hati..kerana dia tak pandai masak ..tapi lihat dia berusaha bersungguh-sungguh untuk masak (habislah bekalan makanan kat dapur aku)..

raya yang lalu adik aku yang perempuan dah berkawan dengan tona...lega aku rasa...dan aku harap tona tidak rasa terasing dengan keluarga ku di Melaka..

kehadiran tona bagai rahmat dan ujian bagi aku..aku cuba layan dia dengan baik...bercakap dengan baik...sediakan kemudahan apa yang patut..kerana aku berterimakasih dengan kehadiran tona di rumah ku..niat ku adalah untuk dia rasa dirumahku seperti dikalangan saudara sendiri..biar dia kerja dengan ikhlas..dan aku ingin menganggap tona adik sepert adik sendiri kerana kekok rasanya jika ada orang asing dalam rumah...

tetapi ia mengundang kepada perasaan beberapa manusia yang rapat dengan ku....mungkin majikan tak elok terlalu baik dengan pekerja....dan aku hanya bercakap dengan tona bila mereka tiada...

anak-anak aku pun rapat dengan tona..aku tak boleh lupakan keadaan huru-hara di rumah bila anak-anak berkumpul dalam bilik tona..dan ada seorang manusia yang tak suka lalu menjerit-jerit marahkan anak ku kerana manja dengan seorang pembantu rumah..

rungutan tona tak pandai memasak, kemas tak bersih, malas...buat aku rasa usaha ku membawa tona untuk membantu dirumah tidak dihargai...tapi aku faham bukan mudah hendak memenuhi kehendak semua hati..

dan keadaan ini membuat aku lebih kenal hati mereka..baru majikan kepada seorang pekerja..sudah bersikap angkuh...apapun ini adalah ujian bagi ku...mungkin aku tidak menasihati dan membimbing..atau aku leka dengan kerja ku seharian...

aku harap tona bersabar...tabah dan lebih kuat...anak jauh..suami jauh...hari-hari yang dilalui tak seindah yang di harapkan...

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

kalau ayu ada duit, nak ajer ayu minta tona kerja ngan ibu. Tapi mesti angah tak bagi kan. Apa kata kita clone kan tona ni. Tapi dengarnya dia kata kalau dah cukup duit nak balik terus ke kampung halamannya...hmmm angah kena siap siaga lah untuk cari orang baru..hehe.anyway thanks ye sebab tinggalkan tona dir umah melaka raya tu.

5:23 PM  
Blogger oldrockers said...

tiada kehidupan yang senang..yang kaya raya pun akan merasa susah satu hari nanti...ketika usia dimamah waktu, kesihatan terganggu..masa itu mereka yang senang akan mengerti erti kesusahan..

8:25 PM  

Post a Comment

<< Home