Sunday, July 16, 2006

kehidupan


susah sangat ke kehidupan..aku melihat hari-hari aku sebagai air yang mengalir...ia terus mengalir..akan berulang sehari-hari..pergi kerja..balik..tgk wajah Lia..Aiman,Hakim, Sara dan Imran...dan aku tambah kemanisan dalam hidup dengan belajar, bersilat, melukis dan sesekali bersenam...agar tidak terlalu bosan dengan hidup...

aku tidak peduli dengan dunia, Israel nak perang ke..World Cup ke..biar lah mereka..

aku tetap berpegang kepada falsafah iaitu 'harta yang paling berharga adalah detik-detik yang kita lalui'... aku cuba sedaya upaya untuk mencipta detik-detik indah buat keluarga ku..
bagi ku itulah yang paling bernilai....

ketika ini aku cuba mengubah persepsi hidupku dengan mencari pengalaman-pengalaman baru...merealisasikan impian-impian yang cuba aku capai dulu tapi tergendala..

aku nak main muzik semula..aku nak menulis...nak mengembara...tapi aku sedar semua itu tidak akan memberi aku kepuasan...

penghalang kepada kepuasan hidup adalah harta..yang perlu kita maintain.. pangkat .. yang kita terkejar-kejar .. dan nafsu ..yang buat kita tersalah langkah..semua manusia tahu itu..

mengikut Hamka ..kita bekerja kerana setiap yang hidup perlu bekerja...

tetapi selalunya apa yang ada tidak pernah cukup...

aku cuma ingin melihat sebenar-benar lihat, dengar sebenar-benar dengar..agar aku boleh duduk dan memahami diri aku sendiri..

hidup ini memang mudah..tapi jangan dipermudahkan..

hidup ini umpama air yang mengalir..tapi air itu akan habis..satu hari nanti

4 Comments:

Blogger HLiza said...

Kena add some spice to our life. Be positive..

11:53 AM  
Blogger abe jol said...

err..how if its too much spice..

3:27 AM  
Anonymous Anonymous said...

ermm..betui abe jol...d'best moment in ur life ,bila melalui setiap detik dan waktu bersama family tersayang.....anak dan suami adalah harta yg paling berharga buat kita di dunia...

5:46 PM  
Anonymous Anonymous said...

Best regards from NY! »

3:47 PM  

Post a Comment

<< Home